Salam sejahtera untuk semua anak murid SMK Cyberjaya :
PERNAHKAH ANDA MENDENGAR TENTANG YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA?
Jika tidak, di bawah ini adalah sedikit penerangan tentang yayasan tersebut.
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Visi
Pemangkin kepada peningkatan keupayaan
Bumiputera dan perubahan minda ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya
saing di peringkat global.
Misi
- Menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan kepada Bumiputera.
- Memupuk dan membangun bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.
- Menjalin usaha sama dan melengkapi pihak yang berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera.
- Menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi.
- Mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan keluarga, pendidik dan komuniti.
Kumpulan Sasaran
- Bakat-bakat Bumiputera berpotensi tinggi.
- Golongan yang dari kelompok 40% ke bawah (yang akan dipertimbangkan untuk bidang bukan akademik).
- Golongan yang memerlukan peluang kedua.
- Golongan yang dari persekitaran yang mencabar.
Pendekatan Kami
Memahami cabaran-cabaran kehendak industri, program-program yang kami jalankan tidak hanya memfokus kepada kompetensi teknikal sahaja malah 'soft skills' juga. Pendekatan ini dinamakan 'Nurture & Develop' atau 'Memupuk & Membangun'. Pendekatan ini sebagai salah satu daripada janji jenama kami, kami yakin yang pemegang biasiswa kami akan menjadi holistik.
Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah
rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi
rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latarbelakang yang mencabar
bagi mendapatkan pendidikan berkualiti.
Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan
teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Program ini mempunyai
dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran) dan Peneraju
Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai sektor. Antaranya minyak
& gas, elektrik & elektronik, komunikasi, communication content
& infrastructure (CCI), penjagaan kesihatan, perkhidmatan perniagaan
dan lain-lain.
Program Pembangunan bagi pensijilan profesional dan
program spesialis. Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang profesional
seperti perakaunan, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment