Minggu Orientasi Tingkatan 1
telah diadakan pada 4-5 Januari 2016 di dewan sekolah. Seramai lebih kurang 193 orang murid terlibat
dengan program ini. Murid didedahkan
dengan pelbagai taklimat yang disampaikan oleh guru-guru yang terlibat sebagai
persediaan murid menghadapi alam persekolahan sekolah menengah seperti taklimat
disiplin, koperasi, pusat sumber, dan sebagainya. Majlis penutup minggu orientasi pula telah
diadakan pada 5 Januari 2016 dan dirasmikan oleh Pengetua.
Semoga semua murid dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di alam sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment