Showing posts with label Gambar aktiviti SMK CYBERJAYA. Show all posts
Showing posts with label Gambar aktiviti SMK CYBERJAYA. Show all posts

Saturday, 23 July 2016

Program Jelajah Trak MRT

Semalam 22 Julai, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak MRT Corporation yang datang ke sekolah kita untuk siri Jelajah Trak MRT.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan sistem perhubungan pngangkutan yang baru dalam proses pembinaan ini.

Antara kelas yang terlibat untuk sesi Ceramah oleh pegawai dari MRT Corporation (En. Peter dan En. Amin) ialah kelas 4 integriti, 4 Istiqamah dan Pra U Ibnu Sina.

Sambutan Hari Raya 2016

Pada 21 julai lalu, sekolah kita telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri bagi tahun 2016. Jamuan ini diadakan di kelas-kelas mengikut tingkatan.

Pelbagai hidangan juadah hari raya dan biskut raya dihidangkan untuk semua guru dan murid.

Cikgu kongsikan antara gambar- gambar menarik sepanjang sambutan ini diadakan.

Friday, 13 May 2016

Saturday, 16 April 2016

Karnival Jom Masuk U di UKM 2016

Pada 2 April yang lalu, murid tingkatan 5 dan 6 telah menyertai lawatan ke karnival jom masuk U yang bertempat di UKM Bangi.

Cikgu kongsikan antara gambar-gambar sepanjang program tersebut diadakan.  Pada waktu ini, Cikgu berada di Uniten untuk taklimat Jom Masuk u zon selatan.

Pertandingan Catur daerah sepang 2016

Pada minggu lepas, sekolah kita telah bertanding pertandingan catur daerah. Cikgu kongsikan antara gambar sepanjang pertandingan diadakan.

Keputusan pertandingan nanti Cikgu umumkan ye. Tahniah kepada wakil sekolah kita

Sunday, 27 March 2016

Majlis Anugerah Kebitaraan SMK Cyberjaya 2016

Majlis ini telah selamat berlansung semalam pada 26 Mac 2016 (sabtu) di dewan sekolah. Perasmi majlis kali ini adalah YB Sharum bin Mohd Sharif. Terima kasih atas kesudian YB datang dan merasmikan majlis sekolah kami. Tahniah kepada semua murid dan guru yang menerima anugerah ini!!!!

Teruskan tradisi kecemerlangan ini..

Friday, 25 March 2016

LAWATAN PENANDA ARAS SMK Putrajaya Persint 9 (1)

Salam sejahtera warga sekolah semua,

Pada tarikh 24 Mac, sekolah kita telah menerima tetamu dari SMK Putrajaya Persint 9(1). Ini merupakan julung kali lawatan penanda aras diadakan setelah sekolah kita dinaiktaraf menjadi sekolah Amanah.

Ketibaan pelawat dari sekolah tersebut adalah pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh pihak pentadbir, gkmp, guru-guru dan juga ahli PRS sekolah. Rombongan seramai 14 Orang ini diketuai oleh PK HEM iaitu En. Hassim B. Markom.

Tetamu dibawa ke bilik mesyuarat selepas sesi bergambar kenangan di dataran pnyayang untuk slot taklimat sekolah amanah bersama pengetua. Seterusnya tetamu dibawa melawat ke sekitar kelas SBC sekolah. Antaranya adalah kelas-kelas , bengkel dan makmal sains. Alhamdulillah, lawatan kali ini berjaya ... Semoga tetamu yang hadir berpuas hati dengan layanan yang diberi.
Terima kasih daun keladi sebab sudi hadir ke sekolah kami.

Cikgu kongsikan sekitar gambar-gambar sepanjang lawatan diadakan.