Showing posts with label Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling SMK Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling SMK Cyberjaya. Show all posts

Saturday, 23 July 2016

Taylor's Maths & Physics Test 2016

Pada 19 julai yang lalu, sekolah kita telah menyertai 'Taylor's Maths & Physics Test 206' yang diadakan di Taylor's University, Petaling Jaya. Pertandingan ini diadakan di Taylor's University dengan disertai oleh Murid-murid dari kelas 5 Ihsan dan beberapa orang lagi dari 5 Ikhlas.

Selesai sesi ujian dijalankan, murid-murid dijamu untuk hidangan tengahari dan seterusnya dibawa melawat ke kawasan sekitar universiti.  Keputusan ujian tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Semoga kerjasama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang... Terima kasih kepada pihak Taylor's University atas kesudian menerima kunjungan kami.

Cikgu kongsikan antara paparan gambar sepanjang program ini diadakan.

Thursday, 30 June 2016

THE CHAMPION bersama Pengetua siri 2

Selamat sejahtera,

Semalam 29 Jun 2016, telah diadakan satu perjumpaan peserta The Champion bersama Pengetua, Pn Nurul Aini Chan BT Abdullah di bilik mesyuarat sekolah.

Pelbagai amanah dan pesanan disampaikan oleh pengetua di damping beliau bertanya perkembangan peserta.

Semoga the champion akan terus bersinar ... jumpa anda di puncak jaya SPM 2016!!!

Wednesday, 18 May 2016

Pemantauan PPDa 2016

Salam sejahtera,

Hari ini unit pendidikan pencegahan dadah (PPDa) sekolah telah dikunjungi pemantau dari unit PPDa JPN dan PPD  sepang iaitu Tn. Hj. Ghazali b. Hj. Anuar dan En Zulfikri B. Abu Samian.  Pemantauan meluangkan hampir 2 jam untuk sesi pemantauan PPDa hari ini..

Alhamdulillah, ...akhirnya PPDa selamat dipantau dan akan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa... Terima kasih kepada Tn Hj.Ghazali, En Zulfikri dan Pn.Syahrinaz...

Saturday, 14 May 2016

Selamat datang ke sudut lorong PPDa SMK Cyberjaya

Salam sejahtera,

Hari ini telah berlansung Karnival Pendidikan Abad 21 dan Kerjaya Murid sempena sambutan hari guru peringkat daerah Sepang 2016.

Lorong PPDa juga telah dibuka secara rasminya pada 14 Mei 2016, iaitu hari ini dan telah dibuka kepada semua pengunjung karnival.

Cikgu kongsikan antara paparan gambar yang menarik di sudut lorong PPDa sekolah kita.